minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KES DSAI SEDANG DIKAJI SEMULA

Ketua Hakim Negara yang baru diberitakan sedang menunjukkan reaksi positif ke atas ulang bicara kes DSAI. Beliau dilaporkan sedang mengkaji semula untuk membawa kes perbicaraan 'fitnah' salah laku seks DSAI dan tuduhan rasuah 'palsu' yang dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun, ke mahkamah. Jika gagal berbuat di dalam negara beliau sedia membawanya ke luar negara.

Apakah berita ini benar? Laporan yang diterima dari kakitangan bawahannya menyebut bahawa fail-fail yang berkenaan dengan kes tersebut sudah berada di mejanya untuk dikaji secara mendalam. Jika demikianlah sifatnya, kita amat percaya perlantikan Tan Sri Mohamed Dzaiddin Abdullah akan mengembalikan maruah hakim-hakim yang sudah dicemari oleh tangan ghaib diktator tua yang gila!

Kita berdoa semoga Dzaiddin berjaya dalam usahanya ini. Beliau perlu tabah kepada sebarang ugutan yang akan ditimbulkan oleh pihak SB yang taat setia kepada Mahathir laksana seekor anjing kurap yang sedia membaham mangsanya pada bila-bila masa.

Kita juga berharap semoga Tan Sri Mohamed Dzaiddin tidak mengambil masa yang panjang sehingga harapan untuk menyembuhkan kesihatan DSAI gagal disempurnakan.

Pelapor 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter